> ImSyaAz-SeVen <
Wednesday, 4 June 2014 | 13:50 | 1 Love Note



klik banner untuk join

assalamualaikum., first sekali nak ucap terima kasih kepada yang menganjurkan pertandingan nie. lama dah tak buat karangan. last sekali pun masa periksa haritu. pertandingan nie kiranya macam buat karangan juga la. kena rangka bagai. huhu macam buat. hakikatnya masa periksa pun takde terlebih rajin untuk buat rangka terus buat karangan. masa yang bagi dah  la terlalu lama. boleh tidur lagi. 

nama diberi Nur Iman Syamilah Binti Azman. lebih dikenali sebagai iman. umur 15 tahun. first batch mengambil PT3. kalau orang tanya adakah dah bersedia ? jawapan ku hanya pandang atas pandang bawah dan senyum.. semestinya tidak. huhu. 

saya start blog dah hampir 2 tahun. tapi dalam masa 2 tahun nie banyak kali dah buat blog delete pastu buat blog yang baru. tapi hampir setahun baru saya tetap guna blog yang sama dan kali nie dah tak tukar dah sampai sekarang. huhu bab kata kawan  baru tetap pendirian. tujuan buat blog ni mula-mula saja je nak buat. sebab tu la buat buang buat buang. tapi dah lama-lama bergelumung dengan blog ni dah macam sehati sejiwa. kalau ditanya tujuan asal saya buat blog. memang akan dapat keputusan gagal. tapi tak apa dalam ujian bertutur takkan tanya pasal ni. huhu

masa start buat blog bapa kali dah asyik tukar je hiasan blog. sat-sat rasa tak kena. sampai buatkan fedup dah untuk buat blog. tiba-tiba jumpa blogskin. wah memang mudah la untuk pilih dan hias blog.  tak perlu susah-susah dah copy sana sini. dan bila tengok blog dah nampak cantik  rasa bersemangat untuk merepek. hehehe. perasan tekan butang lif naik sendiri. 

saya akan guna blog bila saya balik dari asrama je. maklumlah budak asrama mana boleh bawa laptop. handphone lagi  la. nak cari nahas cuba bawa. sekali bawa dan bila dah kena memang insaf seumur hidup. tak buat dah huhu. banyak cerita dalam blog lebih kepada hal merepek meraban semua bagai. tak lupa juga peristiwa berlaku dekat sekolah dan asrama. dulu sejujurnya jarang la buka blog tapi sejak setia pada yang satu blog jadi selalu jugaklah merepek dalam blog kadang-kadang buat kerepek yang entah apa-apa. sendiri tulis tetapi sendiri tak tahu apa yang ditulis. xoxo. selama ni fikir blog tak dapat cari kawan tapi rupanya dengan blog juga dapat cari kawan. bukan setakat dapat kawan. dapat menyertai banyak giveaway, segmen bagai. dekat situ dah dapat bertambah kenalan. kenalan pula jenis happy go lucky. 

dengan blog juga dapat lebih tahu maklumat semasa. maklumlah asrama ada apa ja. buku untuk baca, bantal tilam untuk tidur, dewan makan untuk makan, kelas untuk belajar. masa seharian  penuh dengan jadual yang padat. memang takde masa langsung untuk benda lain. jadi bila buka blog ni dapat juga dapat lihat balik isu semasa yang ketinggalan tak lupa juga tips yang banyak memberikan manfaat. 

dah banyak sangat merepek terlupa pula nak bagitahu hakikat sebenar kenapa link blog macam tu. SPONGEBOBSAYAPUNYA. hakikat sebenar saya suka spongebob. spongebob tu comel, lawak, dan melucukan. kalau kawan baca memang kena gelak terguling-guling. huhuhu

sampai sini sajalah cerita yang entah apa-apa. kalau rajin jom lawat blog kawai nie. tekan butang lif naik sendiri. tata






posted by Unknown @ 13:50
 

1 Comments:

9 June 2014 at 09:02
Anonymous Anonymous said...

semoga berjaya...singgah dr segmen yg sama >.<

http://aisyahambris.blogspot.com/2014/06/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html

Post a Comment

Older Post
Newer Post






You have no idea how much I like you, how much you make me smile, how much I love talking to you, or how much I wish you were mine. Sometimes hit, sometimes miss, it’s always like that Just do it right tomorrow, it’s just a small mistake.


1 2 3 4 5





Kawan :)

Mine Them Linky Home